Aku Isteri Dia
AKU ISTERI DIA
``Assalamualaikum semua.Saya
Lisa Syafikah akan bekerja sebagai PA kepada Tuan Aiman Rafiq.Saya berharap
sangat sangat yang korang dapat tunjuk ajar sepanjang saya bekerja kat
sini.Terima kasih’’ucapan dari Lisa yang disusuli dengan tepukan dari rakan
sekerjanya.
``Sekarang semua boleh sambung
kerja masing-masing.’’Semua pekerja bergerak ke meja masing-masing dan
menyambung semula tugas yang tergendala. ``Mari saya tunjukkan bilik kamu’’arah
Dato Taufik kepada Lisa.
``Baik Dato’’dia hanya
membuntuti majikan barunya.
``Ni bilik kerja awak.Saya harap
sangat awak dapat buat yang terbaik walaupun awak hanya setiausaha’’ujar Dato
Taufik dengan penuh harapan.
``Insyaallah saya cuba
Dato’’jawabnya sambil disusuli dengan senyuman manis.Dato mengorak langkah
keluar dari bilik itu.
`Alhamdulillah terima kasih Ya Allah’hatinya
berbicara.Hanya Allah saja yang mengetahui betapa bersyukurnya dia saat ni. ``Apa
yang aku nak start buat dulu eh?’’ fikirnya.
``Aiman Rafiq!’’ sergah Dato.
``Mak kau meletup’’melatah Rafiq
dengan kuatnya.Perlahan-lahan dia memusingkan badanya sambil tersenggih. ``Papa…’’meleret
nama papanya dipanggil.
Dato Taufiq hanya mampu
menggeleng. ``Kenapa kamu tak balik semalam? Kamu pergi mana?’’soal Dato kepada
anak bujangnya itu.Dah lebih 6 bulan anaknya menjawat jawatan NAIB CEO VIOLET
HOLDING.Perangai main-main tu memang tak lekang lagi hidupnya.Umur dah 27 tapi
perangai macam budak-budak.
Rafiq tersengih seperti kerang
busuk. ``Malam tadi Fiq tidur rumah Ian pa.Lepak punya lepak sampai lupa jalan
balik pa.Tu yang tak balik semalam.’’ boleh pulak dia jawab macam tu kat papa
dia.Mentang-mentang la anak CEO…
``Banyak la kamu punya lupa
jalan balik? Jalan balik office kamu tak lupa pulak?!’’ soal Dato dengan tegas.
`Alamak papa dah mengamuk, baik
aku lari dulu, kang tak pasal-pasal amnesia terus aku.’hatinya berbicara.
``Papa, next time la kita cakap
pasal ni.Fiq sakit perut la.Chow dulu.’’ sekali kelip ja terus lesap si Rafiq
ni.Dato Taufiq hanya mampu menggeleng perlahan.`Apa nak jadi dengan kamu ni
Fiq.Perangai macam budak-budak.Bilanya nak matang?’
Bila Rafiq melintasi bilik
setiausahanya, dia ternampak seseorang sedang terbongkok-bongkok bagai sedang
mengambil barang yang terjatuh.`Hantu ke?Eh yang kau takut apasal Fiq?Mana ada
hantu siang-siang cam ni?’ hatinya mengutuk diri sendiri.
``Alhamdulillah dapat pon’’ujar
Lisa sambil membelek telefonya.Kot-kot la retak ke apa.
``Ehem,ehem.’’deheman dari Rafik
membuatkan dia terpandang ke arah lelaki itu.Lisa terus berdiri saat dirinya
disapa entah sapa pon dia tak tahu.Tapi dari cara pemakaian macam Tuan Aiman
Rafiq.
`Hensemnya Ya Allah’pujinya
dalam hati.Cepat-cepat dia mengeleng-mengeleng.`Apa aku buat ni?Zina mata Lisa
oi!’
``Kau ni dah kenapa?Sawan
ker?’’Sentap do.Sekali pandang memang hensem tapi sekali ja mulut dia bercakap
memang menusuk.
Lisa hanya mampu menunduk.`Ya
Allah malunya aku’.`Mamat ni betol ka bos aku?Apasal mulut dia ni puaka
sangat?’
``Saya rasa saya tengah bercakap
dengan manusia sekarang ni.’’tegas saja dia berbicara.
Perlahan-lahan Lisa mengangkat
mukanya sambil memandang wajah itu.`Kuatkan imanku Ya Allah!’
``Maafkan saya Tuan.’’Muka ketat
Rafiq dipandang.Hanya satu senyuman sinis yang menghiasi wajahnya.Sinis
sangat-sangat.
``PA Aiman Rafiq kan?’’tanya
Rafiq tegas.
``Ya saya.’’Lisa menjawab.
``Good.Aku BOS baru kau.First
amaran kalau aku tengah bercakap dengan kau,jangan sekali-kali
menunduk.Faham!!’’saja dia mengertak PA barunya itu.
``Fa..Faham BOS.’’tergagap-gagap
dia menjawab.`Ya Allah,aku takut.Umi babah,Lisa takut..’sesekali hatinya
merintih.Takutnya pada lelaki di depannya ini hanya Tuhan saja yang tahu.
Setelah mendengar bunyi tapak
kaki melangkah keluar baru la dia dapat menarik lafaz lega.Kalau macam ni
hari-hari,memang masak aku.Nasib badan..Lisa mengeluh perlahan.
Selepas menutup pintu bilik,terbahak-bahak
dia ketawa.``Apela nerd sangat pompuan ni?Entah anak lebai mana papa
pilih?Dengan tudung tutup litup,handsock lagi …Hailah memang stok menantu mama
la gayanya..tapi cun la pulak.’’Fiq berbicara sendirian sambil diselangi dengan
gelak ketawanya.Gelak-gelak jugak tapi kena control la.Kang tak pasal-pasal ada
jugak yang masuk Tanjung Rambutan.Dia segera membelek fail-fail yang tersusun
di atas mejanya.
Butang intercom ditekan.``Budak
baru,masuk jap’’arahnya kepada Lisa.
``Baik Bos’’Lisa menarik
nafas.Bagai tersekat di kerongkong pon ada.`U can do it Lisa.Jangan mengalah.Ni
ujian untuk kau’hatinya memberi kata-kata positif.Kaki dilajukan menuju ke
destinasi yang sepatutnya.
``TOK,TOK..’’pintu bilik diketuk
dari luar menyebabkan Fiq kembali mengetatkan mukanya. Lisa melangkah masuk
setelah disuruh masuk.
``Assalamualaikum,Bos.Ada
apa-apa yang boleh saya tolong?’’soalnya sambil memegang sebatang pen dan buku
nota di tangan.
``Waalaikumussalam.Memang ada
sangat.Aku nak kau batalkan semua temujanji aku untuk esok’’
Lisa mengangkat mukanya seraya
memandang Rafiq yang sedang memikirkan sesuatu.`Apahal pulak dia nak cancelkan
semua?’
``Eh jap.Kalau aku cancel, confirm
papa mengamuk.Tapi aku nak rehat kot.Asyik meeting je penat la’’bebelnya
seorang diri.
Lisa hanya mengaru perlahan kepala
yang dilitupi tudung.`Muka dah ok, cukup sifat je aku tengok tapi takkan emosi
terganggu kot?’
``Kau mesti tengah kutuk aku
kan?’’tajam saja dia memandang wajah PAnya yang sedang diam itu.Lisa
mengelengkan kepalanya.
``Dah bisu ke?’’jerkahnya.
``Tak tuan’’naik oktaf suaranya
dek terkejut dengan jerkahan lelaki itu.Terus dia menutup mulutnya sambil
memandang wajah di depannya.
Memang terkejut beruk Rafiq
dibuatnya.`Mak ai,stok tudung labuh memang camni ker?Sergah sikit jer naik
terus suara?’
``Ehem,ehem..Pada pendapat kau
la kan,esok patut tak kalau aku batalkan semua meeting aku?’’tanya dia pada
Lisa.
`Dah kenapa pulak dia tanya
aku?’Lisa hanya menjawab,``Saya rasa tak patut kot bos.’’
``Apesal pulak?’’tanya sekadar
menguji tingkah laku PA barunya itu.
``Walaupun bos ni bos tapi bos
tak leh buat camtu.Nanti kalau pekerja-pekerja lain tengok mesti diorang kutuk
bos’’
``Apehal pulak diorang nak kutuk
aku?Aku ni bos kan,suka hati la nak masuk ke tak nak ke?Diorang nak busy body
pehal pulak?’’amboi macam marah je jawapan kau Fiq.
``Bukan maksud saya nak burukkan
siapa-siapa tapi mulut manusia ni kita tak boleh nak tutup.Lagipun kalau bos
attend semua meeting memang tak rugi saya rasa.’’jawabnya berterus
terang.Teringat pulak masa dia masuk tandas tadi,dia terdengar perbualan
daripada beberapa orang pekerja perempuan.Bukan main sedap lagi mengutuk bos
kononnya bos ni tak pandai buat kerja
la,makan gaji buta.Yang paling tak suka dengar ada ka patut diorang cakap bos
ni belagak sebab dia anak pemilik syarikat ni?Sapa tak panas telinga dengar
benda tu semua.
``Serius kau rasa aku patut
attend semua meeting esok?’’tanyanya lagi.
``Yup.Insyaallah bos takkan rugi
pon kalau attend semua meeting tu esok.’’balasnya dengan yakin.
``Okey,kali ni aku ikut cakap
kau.Aku cuma nak pastikan betol ker aku takkan rugi apa-apa kalau aku ikut
nasihat kau ni’’ada nada mengusik di situ.
``Erk…Ok la bos,kalau takde
apa-apa saya mintak diri dulu.’’pintanya sambil melangkahkan kaki menuju ke
pintu.
Sampai ja di bilik,terus dia
mengetuk perlahan kepalanya.`Mati la aku.Tapi betol la apa yang aku cakap
kan?Takkan aku nak bagi dorongan untuk dia cancelkan semua appointment tu
kot?Lek Lisa.Allah tu sentiasa ada.Lagipun kau sanggup ke nak dengar mulut
orang mengutuk bos kau?Mesti kau tak nakkan?’Lisa cuba bertenang.`Aku takkan
biarkan diorang suka-suki je nak kutuk bos aku.’dah macam azam tahun ni pulak
rasanya.
Sebulan kemudian…
``Alhamdulillah,terima kasihlah
bos.Kenyang saya hari ni.Jimat duit poket.’’ujar Lisa sambil tersenyum.
``No hal la.Kau pon dah banyak
tolong aku kan.’’jawab Rafiq.
``Erm,bos kalau saya nak tanya
satu soalan boleh?’’Rafiq mengerutkan dahinya.
``Apa dia?’’katanya seraya
mengangguk.
``Kenapa bos tak cukur misai
dengan janggut bos eh?Bos nak jadi musang berjanggut ker?’’
``Uhuk,uhuk…’’fuh minah
ni.Direct memanjang je mulut dia.
Sebelum menjawab soalan dari
Lisa tadi,dia melonggarkan sedikit tali leher yang terikat kemas dari
tadi.Lagipun lepas ni dah takde meeting,jadi bolehlah dia relax-relax dulu.
``Betul kau nak tahu
kenapa?’’tanyanya kepada Lisa.Lisa pantas mengangguk laju.Rafiq hanya
menggeleng melihat telatahnya.Sapa sangka kalau sebulan yang lepas nak bercakap
pon menunduk je kerjanya sekarang siap kenakan aku lagi.
``Semuanya sebab….sebab…’’
``Sebab..’’Lisa menunggu jawapan
dari Rafiq dengan tak sabarnya.
``Sebab….erm.’’
``Apa bos ni?ker bos saja nak
kenakan saya..’’Lisa memalingkan wajahnya sambil menyedut jus dalam gelas yang
belum habis lagi.
``Ala merajuk dah ker?Lek
arr..’’comel pulak dia ni kalau merajuk.
``Takpe la bos.Bos simpan je la
jawapan tu.Sampai masa jangan lupa buat pekasam’’amboi berani kau Lisa.Kalau
dulu memang tak la nak jawab macam ni.
``Pekasam?Apa benda tu?’’
Terlopong mulut Lisa mendengar
perkataan itu dari mulut Rafiq.`Heheh tadi kau kenakan aku ya bos,sekarang ni
giliran aku pulak..hehe’tanduk dah keluar.
``Bos nikan memang elok la
sangat dengan pekasam tu.Entah-entah bos ni sepupu dia tak?’’
``Eh apasal pulak?Cepat la cakap
pekasam tu macam mana?kriteria dia ker?’’jawabnya cuba mengumpan Lisa.Macam
pernah dengar tapi tak tahu pulak apa bendanya tu.
Lisa menahan ketawa.Tangan
dilekapkan di mulut buat seketika.`Lek,lek..kang kantoi habis kau.’
``Pekasam tu sejenis makhluk
Allah jugak tau bos..tapi…’’saja dia meleretkan jawapannya.Bukan dia tak tahu
perangai bos dia ni.Kalau dah terdetik kat kepala otak tu mesti dia akan cari
sampai jumpa punya.
``Tapi apa kau ni?Cepat la
cakap..’’kang dah kena sound sekali.`Ya Allah awat la comel sangat muka dia
bila dia nak tahu sesuatu?Innocent giler kot…
``Tapi dia tak leh dimakan.Pastu
kan erm..dia punya muka sebijik macam bos…serius saya cakap..’’ kedua-dua belah tangan dilekapkan pada muka
sehingga menutupi kesemua bahagiannya.Tak tahan kot. Badan Lisa
terhinjut-hinjut menahan ketawa.Kang kalau gelak tak pasal terkeluar semua
suara.Dah la aku ni jenis yang suara pon terkeluar sekali kalau gelak.
``Amboi sesedap mulut je kau
kan.Patut la bukan main lagi tadi.Ada hati nak kenakan aku.Fine..its
ok.Takpe..hujung bulan ni gaji kan.Ha siap la kau.Aku potong gaji kau bulan
ni.Padam muka kau..’’Merah muka Rafiq menahan marahnya.
Lisa yang terdengar jer pasal
gaji terus berhenti ketawa.Duduknya sebentar tadi dibetulkan.Perlahan-lahan dia
menarik nafas untuk menghentikan ketawa yang masih tersisa.Pelan-pelan dia cuba
memandang muka bosnya yang sedang memandang tepat ke arahnya.
``Fuhhh…hahaha..’’sekali lagi
badannya terhinjut dek ketawa yang masih tersisa.Nasib baik tempat mereka
sekarang ini jauh sedikit dari meja lain.
``Kau ni apahal?Mengada kau ni
kan..dulu takde pulak nak gelak sampai macam ni.Dah la gelak macam beruk..
``Amboi bos,apahal main beruk
ni?Saya manusia tau.Okey la.Saya berhenti la ni’’
``Tahu pon.Ingatkan nak gelak
sampai esok baru berhenti.’’perli Rafiq.
Tapi apa yang dia rasakan saat
ini sangat berbeza sekali.Keseronokan yang hanya mampu dihiasi oleh wanita yang
bertudung litup di depannya kini.Keseronokan yang telah lama hilang.Wajah itu
ditenung lama.`Dia ni tak pernah ada masalah ke hah?Dari first start kerja
sampai la ke hari ni kalau tak gelak mesti dia akan tersenyum jer
memanjang.Muka macam tak da masalah langsung.
``Yang bos tenung saya macam tu
kenapa?Ada nasi lekat kat pipi ka?’’katanya sambil menyapu muka.Mana la tau
kot-kot ada yang tak masuk ke mulut.
``Nothing.Eh dah la.Jom balik.Sampai
bila kita nak dok sini.Aku nak balik dulu.’’Rafiq mengambil kot yang tersidai
kemas di kerusi dan bergerak menuju ke kaunter.Lisa segera mencapai handbag dan
mengikuti langkah Rafiq.
Sampai saja di kereta,Lisa
mengucapkan terima kasih kerana telah membelanjanya makan.
``No hal lah.Lagipun aku yang
sepatutnya berterima kasih kat kau.Kalau takde kau tadi memang tender yang
berjuta tu tadi memang melepas la.’’pujinya.
``Bos tengah puji saya
ker?’’saja Lisa mengeluarkan soalan itu.Diperhatikan saja tingkah bos nya itu
dari tadi.
``Kau ni memang jenis masuk lif
tekan sendiri kan?Tak malu ker?’’sinis saja pada pendengaran Lisa.
``Takde la bos.Buat apa pulak
bos yang nak ucapkan terima kasih kat saya.Tender yang kita dapat ni rezeki
kita untuk hari ni.Lagipun kalau bos tak bawak saya keluar camni memang tak
merasa la saya makan free hari ni’’
Rafiq memandang muka Lisa dengan
menyampah.Ada je mulut ni.Kalau sehari tak menyakat aku memang tak sah.
Lisa yang terperasan riak wajah
bosnya segera meminta diri.Kang tak pasal-pasal kena buang kerja.
Rafiq hanya memerhatikan langkah
PAnya sambil menggeleng kepala.`Macamni punya orang pon wujud rupanya.Beberapa
minit kemudian,enjin kereta dihidupkan dan terus meninggalkan restoran itu.
``Assalamualaikum’’
``Waalaikumussalam’’ salam
dijawab seretak oleh beberapa orang yang berada di ruang tamu itu.
``La mak long dengan pak long
pon ada. Bila sampai?’’ serentak tangan dihulur kepadapak long dan disusuli
pulak kepada mak long yang berada di sebelah mama.
``Baru aje. Ni baru balik dari
pejabat ke? ’’ tanya pak long semula.
``Eh tak la. Baru lepas balik
dari taman permainan’’ jawabnya sambal diselitkan ayat loyar buruk di
situ.``Arrgh…’’tangannya mengusap lengan yang disepit oleh mama. Sakit wooo….
``Hah padan muka kamu tu. Pak
long kan tanya lek lok. Yang kamu pergi main-main tu apahal? ’’ soal mama.Yang
lain hanya tergelak melihat wajah Rafiq yang tengah masam tu. Protes la tu.
``Dahla baik Rafiq naik mandi solat. Kang duduk kat sini lama-lama lebam badan.
Pak long mak long Rafiq naik dulu’’senyuman dilemparkan kepada meraka.
``Eh abang dah balik? ’’ sapaan
dari belakang menghentikan langkah Rafiq yang baru sahaja hendak menolak pintu
bilik. Badan dipusingkan untuk menghadap empunya diri yang menegur sebentar
tadi.
``Eh Tasha. Abang ingat Tasya
tak balik tadi.’’ Muka sedaya upaya ditayang bersama senyuman yang manis
kononnya.
``Sampai hati abang cakap
camtu’’ada nada merajuk di situ. `Aku rindu dia bagai nak rak tapi dia boleh
tayang senyum tak ikhlas je.
``Err ok la Tasha abang nak
mandi nak solat. Nanti kita berborak lagi eh. Bye. ’’ Ringan saja kaki dihayun
menutur ke bilik. Tak kuasa dia nak melayan si Tasha tu.Kang kalau dah start
celoteh dia tahun depan pon tak habis.
Usai menunaikan solat Isyak,
Rafiq menapak turun ke bawah. Tiba-tiba pula dia berasa lapar. Sampai saja di
meja makan dia ternampak mama dan papa tengah menikmati makan malam dan
ditemani oleh Tasha. Apa minah tu buat lagi? Adoyai…Tapi disebabkan rasa lapar
yang teramat sangat terus dia menarik kerusi yang bertentangan dengan mama.
``Mama, pekasam tu apa?’’ tanya
Rafiq. Tiba-tiba pula dia teringat tentang Lisa. Sampai sudah dia menanti
jawapan. Akhirnya, habuk pun tarak…Hampeh
``La pekasam pun tak tahu ker?’’
papa menyampuk.
``Pekasam tu sejenis makanan. Selalunya
orang akan guna ikan sungai untuk hasilkannya. Pastu kena perap dengan garam
dan serbuk beras. Itu yang mama tahu la. Dah kenapa kamu tetiba tanya ni?’’
``Oh makanan ker?’’ kepala
diangguk berkali-kali tanya dirinya faham.`Kurang asam punya Lisa.
Mentang-mentang aku tak tahu dia boleh pulak tipu aku.’
``Rafiq oh Rafiq?’’
``Hah?’’
``Mama tanya kenapa kamu tanya
pasal pekasam pulak?’’
``Oh Lisa la punya pasal ma. Ada
ker dia mintak Rafiq buat pekasam. Rafiq pun blur je la. Mana orang tahu apa
bendanya pekasam tu’’
``Rafiq, Rafiq. Hah lama dah
mama tak jumpa Lisa. Dia sihat ker?’’
``Apa tak sihatnya ma. Mama
kalau nak tahu setiap kali orang bawa dia pergi makan, mesti dia makan sampai
tak ingat yang kita ada kat sebelah dia. Dah habis makan, baru la nak pelawa
kita makan sekali’’ amboi siap kutuk Lisa lagi eh?
Mama dan papa hanya ketawa
melihat gelagat Rafiq. Sebagai seorang ibu dia merasa senang dengan tingkah
Rafiq. Kalau dulu setiap malam nak melekat kat rumah memang tak la. Sejadah
dalam bilik pun hanya akan disentuh sekiranya disuruh. Tapi, alhamdulillah
semenjak bertemu dengan Lisa, perangai anak lelakinya berubah sedikit demi
sedikit. Tasha yang hanya menjadi pendengar dari tadi meluat dengan Lisa. Tak
nampak ke aku kat sini dari tadi? Nak jugak disebut pasal perempuan tu. Hishh
menyampah betul la…
``Erkk mak ngah, pak ngah Tasha
mintak diri naik bilik dulu eh. Nak berehat. Esok kita berbual lagi’’sopan saja
didengari tapi itu bukan sifat sebenar si Tasha ni. Jangan terpedaya…
``Ya Allah terlupa pulak kami
anak beranak berbual sampai terlupa pasal Tasha...Minta maafla Tasha’’serba salah
Datin Salma. Dah la Tasha tu tetamu, boleh pulak terlupa.
Sampai saja di bilik, Tasha
terus menghempaskan tubuhnya kasar ke atas katil. Niatnya balik ke Malaysia
bukan saja-saja tetapi dia ingin menjadikan Rafiq sebagai suaminya. Mama dan
papanya telah berjanji tamat saja dia belajar, mereka akan beri dia keizinan
untuk menjadi isteri kepada sepupunya itu. Telah lama dipendam perasaan itu
tapi apakan daya waktu itu dia masih budak hingusan dimata Rafiq. Dan sekarang
dia akan membuktikan yang budak hingusan itulah yang akan menjadi isteri Aiman
Rafiq.
2 bulan kemudian…..
``Kenapa kau nak sangat kahwin
dengan aku?’’Terangkat kepala Lisa yang mendengar apa yang keluar dari mulut
Rafiq itu.
``Sebab Encik Rafiq jodoh
saya.’’tenang dia menjawab. Dalam keadaan yang macam ni, dia tak boleh terlalu
mengikut perasaan.
``Huh! kau ingat aku ni
bodoh?!’’ jeritan Rafiq bergema dalam bilik tidur mereka. ``Kuatkan aku Ya Allah..’’
nafas ditarik dan dihembus perlahan.
``Apa masalah Encik Rafiq ni?
Saya dah sah pon jadi isteri awak. Kenapa baru sekarang nak pertikaikan benda
ni? Kenapa tak masa datin merisik saya dulu?’’ Mata dibawa bertentang dengan
mata pemilik suami. Hanya kemarahan yang kelihatan di wajah kacak itu.
``Eh aku tak tahulah apa yang
kau dah racuni fikiran mama dengan papa aku sampai diorang termakan hasutan
kau. Tapi aku tak bodoh la wei.Mata aku belum buta lagi untuk nak nilai hati
kau yang busuk tu. Dasar perempuan tak sedar diri!’’
`Allahuakbar, sampai hati dia
tuduh aku macam tu?’ Perlahan-lahan dia tersenyum. Senyum dalam kedukaan
sebenarnya. Apa yang boleh aku buat untuk tawan hati dia Ya Allah?
``Baguslah kalau awak dah tahu
saya ni perempuan tak sedar diri. Senang la lepas ni saya nak bolot harta mama
dan papa lepas diorang takde nanti. Awak pun bukannya boleh berjalan kan? Kalau
setakat nak duduk atas kerusi roda tu, tak payah la kot nak bermimpi awak akan
dapat jawatan CEO VIOLET HOLDING.’’ Alang-alang dah memang dia dijatuhkan
hukuman yang dia sendiri pun tidak tahu kenapa Rafiq sanggup merendahkan
martabatnya sebagai seorang perempuan. Saja dia menuturkan kata-kata yang
membakar hati di depan suaminya. Bukan dia tidak tahu selepas kemalangan yang
melibatkan suaminya tempoh hari, Rafiq telah bertukar menjadi seorang yang
panas baran. Disuruh pergi ke hospital untuk menjalani fisioterapi dia
berdegil. Apa yang dia tahu hanya terperuk dalam bilik sahaja. Jambang yang
meliar di wajahnya hanya dibiarkan. Entah mandi ke tidak…
Panas hati dia mendengar bicara
perempuan yang bergelar isterinya itu. ``Kau ni memang dasar perempuan murahan,
perempuan materialistik, perempuan tak tahu malu…’’ serentak dengan itu habis
dia menarik gelas kaca dan mangkuk berisi bubur yang belum disentuh. Habis
biliknya berterabur dengan pecahan kaca di merata-rata tempat. Terkejut Lisa
dengan apa yang berlaku. Kepala diketuk ke kepala setelah menyedari dirinya
punya semua ini.``Bodoh betul kau Lisa. Apasal kau tak sabar’’. Terdengar pintu
diketuk bertalu-talu dari luar. Mesti mama dengan papa. Pintu dibuka dari dalam
dan mama dan papa yang menapak masuk ke dalam bilik itu terkejut dengan apa
yang berlaku.
``Ya Allah, apa yang kamu dah
buat ni Rafiq. Mana pergi iman kamu? Papa tak pernah ajar kamu berperangai
macam ni. Kenapa kamu tak boleh nak menerima hakikat yang Lisa ni isteri kamu.
Isteri yang sah!’’ Bergema kuat suara Dato Taufik memarahi anaknya.
``Kenapa papa nak menangkan
perempuan murahan ni? Rafiq ni anak papa bukan perempuan murahan tu!’’ jari
telunjuk dihalakan ke arah Lisa. Matanya mercerlung tajam ke arah perempuan
itu. Sungguh dia benci. Disebabkan Lisa, mama dan papa hanya menyalahkan
dirinya seratus peratus.
``Papa” serunya perlahan. ``Lisa
mintak maaf. Semua ni salah Lisa. Lisa mintak maaf papa…Lisa bukan menantu yang
baik untuk mama dan papa.’’ Mama yang menjadi pemerhati dari tadi mengusap
perlahan belakang Lisa. Adakah dia yang bersalah kerana membawa Lisa masuk dan
keluarga ini?
Selepas dari kejadian malam itu,
Rafiq dan Lisa memang langsung tidak bersua muka. Lisa pula sudah lama berpindah
ke bilik bawah berkongsi bilik dengan Mak Jah. Puas mama memujuk tapi
disebabkan kekerasan dirinya, mama dan papa hanya mengikut. Rafiq pernah
berpesan kepadanya tapi dia tahu itu bukan pesanan sebenarnya tetapi lebih
kepada amaran. Peristiwa yang berlaku seminggu yang lepas menyerbu masuk ke
dalam ruang pemikirannya.
``Aku tak nak tengok kau
berlegar-legar kat ruang atas ni. Kalau kau nak duduk lagi kat rumah ni, kau
duduk je kat bawah. Duduk sebilik dengan Mak Jah sebab tu taraf yang paling
rendah dalam rumah ni.’’ Ugut Rafiq ketika dia masuk ke dalam bilik mereka
untuk menghantar makanan.
``Sampai macam tu sekali awak
bencikan saya kan? Teruk sangat ke saya ni?’’ Air mata yang mengalir di pipi
hanya dibiarkan. Biar Rafiq tahu yang dia sedang sakit sekarang ni, biar Rafiq
tahu yang dia terseksa dengan semua ini..
``Kau ada jawapan di sebalik
semua ni. Dah keluar sekarang. Aku tak nak tengok muka kau dah. Keluar
sekarang!!!’’
Lisa melangkah lesu berjalan
keluar dari bilik itu. `Ya Allah berikan aku kekuatan untuk menghadapi
dugaan-Mu ini’. Sebaik saja memulas tombol, suara Rafiq memecahkan kebisuan di
antara mereka.
`` Lagi satu aku nak pesan kat
kau. Jangan sesekali kau bagitau mama dengan papa aku yang suruh kau duduk kat
bawah. Kalau tak aku akan batalkan niat aku nak jalani fisioterapi.’’
Ugutan itu berjaya membuat Lisa
berpusing menghadapnya.
``Ya Allah betul ker awak nak
buat fisioterapi tu? Alhamdulillah Ya Allah kerana Engkau dah memakbulkan doa
ku’’tak putus-putus rasa bersyukur bertandang ke dalam dirinya. Doa dia dan
mertuanya telah dimakbulkan.
Kaki laju dihayun untuk
mendapatkan suaminya tetapi tiba-tiba dia teringat yang suaminya tidak mahu
menerima kehadirannya di situ. Ya, dia dah tak diperlukan oleh lelaki itu.
``Terima kasih awak sebab sudi
jalani fisioterapi tu. Saya happy sangat awak setuju. Kalau awak tak halang
saya dari dekat dengan awak mesti saya dah peluk awak dah’’ mukanya yang penuh
dengan air mata tadi diusap sambil bibirnya tak putus dari mengoyakkan
senyuman.
``Dah la tunggu apa lagi. Blah
ahh. Bosan aku tengok muka kau’’Selimut yang berada di paras paha ditarik
menutupi badannya dan membelakangi isterinya.
Meskipun terasa dengan kelakuan
suaminya, tapi rasa gembira yang dirasakannya tidak dapat menangini rasa sedih
itu. Lisa tidak dapat mengambarkan betapa gembira mertuanya sekiranya mereka
mendapat tahu berita itu nanti. ``Terima kasih Ya Allah’’
Rafiq menarik gebar yang
menutupi tubuhnya sambil menyapu air mata yang mengalir di pipinya setelah
memastikan isterinya telah keluar.`` Aku terluka Ya Allah tapi apa yang perlu
aku buat untuk bahagiakan dia? Kau boleh bahagia dengan orang yang lebih baik
dari aku Lisa. ’’ jujurnya dia juga terluka dengan apa yang berlaku tapi dia
cuma nakkan yang terbaik untuk semua orang. Biarlah dirinya sahaja yang terluka
dengan semua ini. Dan yang pasti dia perlu mengakhiri semua ini secepat yang
mungkin. Tanpa Rafiq sedar, bukan saja dirinya yang terluka di sebalik
keputusannya. Lisa, mama dan papa juga turut mengalami perkara yang sama, turut
merasai apa yang dia rasa…
``Fiq nak jalani fisioterapi.’’
Suara Rafiq memecah kesunyian di meja makan semasa mereka bertiga menikmati
makan malam. Mama dan papa saling berpandangan. `` Betul ke Fiq?’’ mama seakan
tidak percaya dengan apa yang diluahkan oleh anak sulungnya itu. Lisa yang
berada di dapur hanya mencuri dengar perbualan mereka.
``Betul ma.’’ Alhamdulillah
keluar dari tutur kata mamanya. Akhirnya terbuka jugak pintu hati anaknya itu.
Papa pula hanya diam. Langsung tidak memberikan sepatah kata. Dia tahu papa
terasa hati dengannya selepas kejadian malam itu.
``Kalau macam tu, nanti mama
suruh Lisa yang bawak pergi ke hospital eh?’’
``Fiq tak nak pergi dengan
perempuan tu. Esok Tasha akan datang rumah. Fiq dah mintak tolong dia dan dia
pun dah setuju.’’ Mata masih dihalakan ke arah pinggan. Bukan dia tidak tahu
papa sedang mencerlung ke arahnya ketika ini.
``Abang’’ Datin Salma mengurut
perlahan tangan suaminya. Dia juga terkejut dengan permintaan anaknya tapi buat
masa ni dia telah berpakat dengan suaminya untuk menurutkan sahaja kehendak
anaknya itu. Rafiq terlalu keras kepala. Nasib baik Lisa memahami. Kalau orang
lain, agaknya selepas kisah malam pertama dulu agaknya bercerai berai la anak
menantunya.
Masa berlalu dengan pantas dan
Lisa gembira dengan perkembangan kesihatan kaki suaminya. Walaupun masih
menggunakan tongkat untuk bergerak ke mana-mana tetapi dia bersyukur yang
suaminya itu tidak mengalah. Dia hanya mampu memerhatikan suaminya dari jauh.
Suaminya itu sedang ditemani Tasha dan mamanya di halaman rumah mertuanya.
Walaupun jatuh berkali-kali tetapi suaminya akan berusaha untuk bangun semula
dan meneruskan latihannya. Melihat dari cara Tasha melayan suaminya dia boleh
nampak yang wanita itu bersungguh-sungguh untuk mengambil hati suaminya dan
mama. Papa pulak tidak kelihatan di mana-mana. Mungkin ke pejabat agaknya.
Tidak betah dia berlama di situ. Sapa yang tidak sakit melihat suami sendiri
bermesraan dan bergelak ketawa walaupun dengan sepupu. Dia yang memegang
gelaran isteri tidak langsung diberikan peluang itu. Malas melayan rasa sedih
yang bertandang, kaki dibawa melangkah ke dapur. Usai mengeluarkan bahan-bahan untuk dimasak,
dia mula menyiapkan apa yang patut. Nanti lewat pula mereka menikmati makanan
tengah hari. Mak Jah telah lama pulang ke kampung halamannya. Anak sulung Mak
Jah yang beria-ria menyuruhnya berhenti kerja. Kata anaknya, dia masih mampu
menyara ibunya. Sedang leka menyiapkan bahan untuk memasak, kelihatan Tasha
masuk ke ruang dapur itu dan menuju ke peti ais. Air sejuk kosong dituang di
dalam cawan dan diteguk perlahan.
``Lisa, saya ada benda nak
bincang dengan awak.’’ Tasha memulakan bicara.
``Ada apa eh Tasha? Macam
mustahak je bunyinya.’’
`` Saya harap awak dapat berbuat
sesuatu dengan hubungan korang sebagai suami isteri.’’
``Maksudnya?’’ dia tidak faham
dengan penyataan wanita itu.
``Semalam saya ada berbincang
dengan abang Rafiq pasal hubungan korang. Tapi saya harap awak tak terasa. Awak
tahu kan yang kami memang rapat dari kecik lagi. Takde masalah yang saya
rahsiakan dari pengetahuan dia dan saya yakin takde masalah jugak yang dia
simpan dari saya.’’
``Tasha boleh tak kalau awak
straight to the point je? Saya tak faham…’’
``Abang Rafiq dah bagitau kat
saya tentang masalah korang. Dan sekarang ni dia mintak jasa baik saya untuk
turut bantu selesaikan masalah korang berdua.’’
`Ya Allah teganya dia
memberitahu hal rumah tangga mereka kepada orang luar. Mak dan ayah di kampung
juga tidak pernah dikhabarkan mengenai masalah rumah tangga mereka. Baginya
biarlah mereka yang selesaikan sendiri semua masalah itu kerana mereka telah
dewasa. Walaupun dia sendiri tahu yang entah bila masalah itu akan selesai.
``Dan bagi saya daripada dia
menyeksa perasaan awak, baik dia lepaskan awak kan?’’
Bekas yang berisi sayur yang
hendak dibasuh jatuh ke atas lantai. Tidak pernah dia memikirkan bahawa itulah
pengakhiran bagi perkahwinan mereka. Perlahan-lahan dia mengutip sayur-sayur
yang berterabur di lantai dapur. Air mata yang sentiasa menemani dirinya
semakin lebat menuruni lekuk pipinya. Mulut ditekup untuk mengelakkan dari
bunyi tangisannya pecah.
``Saya harap awak dapat fikirkan
apa yang saya cakapkan tadi. Saya yakin yang awak tahu kalau kita sayangkan
seseorang, mesti kita nak tengok orang yang kita sayang tu bahagia kan?
Walaupun bahagia dia mungkin bukan dengan kita. Saya keluar dulu.’’
Lisa hanya mendengar semua itu
dengan sayu. `Apa yang perlu saya buat untuk bahagiakan awak, Aiman Rafiq?
Betul ke dengan berpisah dapat bahagiakan awak?’kaki ditarik rapat ke dada.Muka
yang basah dengan air mata disembamkan ke lutut. Sungguh dia lemah saat ini!!!
Malam itu usai menunaikan solat
isyak, Lisa menapak masuk ke dalam bilik Rafiq. Selepas mendapat izin dari
suaminya, Lisa melangkah masuk dan berdiri di sebelah Rafiq yang sedang membuka
plastic ubat. Itulah rutin hariannya.
``Err awak saya ada benda yang
nak dibincangkan ni. Kita bincang kejap boleh.’’
``Apa lagi kau ni?’’ dingin saja
nada percakapannya. Dia meletakkan gelas yang kosong di meja yang berada di
sebelah katil.
``Saya nak minta izin awak untuk
duduk dulu boleh?’’
``Duduklah!!! Nak cakap cepatla
sikit. Esok aku kena pergi hospital awal.’’ suruhnya kasar.
Lisa menarik nafas dalam-dalam.
Air mata yang bergenang di tubir mata ditahan supaya tidak jatuh.`Tak cakap
lagi dah bergenang bagai. Kau ni lemah kan Lisa?!’
``Betul ker apa yang saya dengar
awak ada minta tolong daripada Tasha untuk selesaikan masalah kita?’’
Rafiq terpempan. `Macam mana dia
boleh tahu?Apa motif Tasha menceritakan semua itu?’ Memang benar dia pernah
meminta pendapat Tasha mengenai hubungannya dengan Lisa tapi itu semua sebelum
mereka kahwin lagi. Dia meminta idea dari Tasha untuk mengurat Lisa dulu.
Itulah kali pertama dan terakhir dia meminta tolong dari orang luar.
``Apa yang dia bagitau kau?’’
``Betul ker dengan…dengan…men…ceraikan
saya dapat buat awak bahagia?’’ tidak kuat perkataan itu diluahkan tapi tetap
jelas di pendengaran Rafiq.
``Itu yang dia bagitau kau?’’
Lisa menjatuhkan kepalanya tanda
mengiyakan pertanyaan suaminya. Air mata diseka perlahan. Kepala ditundukkan
dan hanya menatap lantai bilik itu.
``Betul la tu’’ pendek tapi
bermakna. Ya, itu yang Lisa rasakan sekarang ini.
`Maafkan aku Lisa. Allah mungkin
dah hadirkan Tasha untuk memudahkan semua ni’ dalam diam dia juga meratap. Lisa
adalah anugerah terindah yang pernah dia dapat. Tapi dia tidak layak untuk
Lisa. Untuk membimbing dirinya saja dia memerlukan teguran orang sekeliling,
inikan hendak membimbing isteri. Lisa terlalu baik jika hendak digandingan
dengan dirinya.
``Awak memang tak cintakan saya
ker? Memang takde walau sekelumit pon kasih sayang awak yang tumpah pada
saya?’’
Rafiq hanya menggeleng. Tubir
mata yang terasa hangat dengan air mata membawa dia melangkah dari situ. Tak
tertahan kiranya hendak menanggung semua itu. Hancur semua rancangannya jika
Lisa menyedari dia juga turut terluka dengan apa yang berlaku.
``Sekejap’’ Lisa menarik
perlahan tangan Rafiq yang hendak meninggalkan bilik itu. Kaki Rafiq terpaku di
situ.
``Boleh tak kalau sebelum saya
pergi dari hidup awak, saya nak mintak sesuatu dari awak?’’
``Apadia?!’’ dia menjawab sambil
badan membelakangi si isteri. Air mata diseka perlahan.
``Bagi saya peluang untuk jadi
isteri awak dalam erti kata sebenar? Saya janji lepas je awak tunaikan
permintaan saya yang satu ni saya akan pergi dari sini dan tunggu surat cerai
dari awak…’’
Rafiq menutup perlahan matanya.
Permintaan yang sangat berat untuk dia tunaikan sebenarnya. Kalau boleh dia
hendak menceraikan isterinya itu tanpa ada sebarang tinggalan darinya. Macam
mana kalau selepas ini Lisa mengandung? Lagi dia tidak tergamak untuk
menceraikannya.
``Okey kalau itu yang kau nak.
Lepas je aku tunaikan janji aku, aku dah tak nak tengok muka kau kat rumah ni
lagi dah.’’ Terus dia menarik kasar tangan yang dipegang Lisa sebentar tadi
yang menuju ke bilik air. Usai menutup pintu, dia menyandarkan badan di pintu
bilik air dan menghamburkan tangisan. Bimbang didengari oleh Lisa, dia membuka
pili paip. Lisa hanya menangis meratapi nasib perkahwinanya. Jika sudah
ditakdirkan perkahwinan ini terhenti di sini, dia harus akur dengan kehendak
takdir.
3 BULAN KEMUDIAN…
``Lisa?’’
Kepala diteleng ke arah si
pemanggil. ``Eh umi. Ya Allah bila sampai?’’ Badannya dipeluk dan pipinya
dicium oleh umi.
``Kamu sihat ker ni? Umi tengok pucat
aje muka kamu ni. Pening lagi?’’
``Alhamdulillah lega sikit dah.
Tadi dah makan panadol dah pon. Salah makan kot.’’
``Nasib baik la penderma dari
syarikat datuk tu bagi izin umi balik awal. Risau Umi bila Haris telefon kata
kamu muntah-muntah. Betol tak nak pergi klinik ni?’’ umi bertanya lagi.
``Malas la umi. Bukan umi tak
tahu Lisa tak sukakan bau ubat kat klinik. Kat hospital lagi la’’
``Iyala. Tapi ingat kesihatan
kena jaga jugak. Budak-budak semua tanyakan kamu. Rindu agaknya’’
Selepas Rafiq menunaikan
janjinya pada malam itu, dia pergi meninggalkan rumah itu. Sepucuk surat
ditinggalkan buat mertuanya kerana dia bimbang mereka akan memarahi Rafiq atas
pemergiannya. Semasa dia singgah di masjid untuk solat Subuh, umilah orang
pertama yang menegurnya. Dan disebabkan dia tiada tempat tinggal, umi
menawarkan bilik kosong di Pusat Penjagaan Al-Ikhlas. Kebetulan ada pekerja Umi
yang baru berhenti. Segan duduk menumpang saja, dia menawarkan diri untuk
menjadi salah seorang penjaga di pusat jagaan itu. Alhamdulillah seisi penghuni
pusat jagaan itu sudi menerima dirinya. Pusat Penjagaan Al-Ikhlas dihuni oleh
30 orang kanak-kanak yang berumur dari 10-18 tahun. Memandangkan pusat itu baru
sahaja dibuka pada 5 bulan lepas, masih ramai yang belum mengetahui tentang
pusat jagaan tersebut.
``Umi, Lisa nak tidur kejap
dalam 30 minit. Nanti umi kejutkan boleh? Takut terlepas zohor pulak’’ semenjak
dua menjak ini dia merasai kelainan pada badannya. Selera makan bertambah,
waktu tidur pon bertambah. Mungkin sebab penat agaknya. Baru hari ini dia
mengalami pening dan mual-mual. Mungkin tersalah makan agaknya.
``Iyalah, nanti umi kejutkan eh.
Dah tidur dulu.’’ Umi mencium dahi Lisa dan menapak keluar. Jatuh kasihnya pada
Lisa semenjak dia mendengar cerita gadis itu. Dia berharap suatu hari nanti
bahagia akan menjadi milik Lisa.
30 minit kemudian, Umi masuk
sambil mengejut perlahan tubuh Lisa. Memang dia sedia maklum yang Lisa jenis
yang liat nak bangun kalau dah tido. Walaupun tubuhnya digoncang lembut
berkali-kali masih tiada jawapan dari wanita itu. Tanpa membuang masa Umi terus
meminta Haris menelefon pihak hospital.
``Doktor, macam mana dengan
keadaan anak saya?’’
``Alhamdulillah keadaan Puan
Lisa dah stabil. Dia pengsan kerana kekurangan air di dalam badan. Lagi satu
puan kena pastikan yang pesakit sentiasa mengambil air sekurang-kurangnya 8 gelas
sehari dan make sure dia makan makanan yang berkhasiat. Baik untuk diri dia dan
jugak untuk kandungannya.’’ Ujar doktor yang memakai tag nama Harlina itu.
``Kandungan? Anak saya
mengandung doktor?’’ Berkaca-kaca mata Umi mendengar berita gembira itu.
``Ya puan’’ujar doctor itu
bersama senyuman.
``Alhamdulillah Ya Allah. Terima
kasih Ya Allah’’ Umi mengucapkan rasa syukur dengan berita yang didengarinya
itu.
Selepas saja mendapat berita
yang gembira itu, Umi sudah memberi amaran untuk tidak melakukan kerja berat.
Anak sulung la katakan. Hari ini Pusat Penjagaan Al-Ikhlas akan mengadakan satu
majlis yang akan dihadiri oleh beberapa orang ahli VVIP yang telah mengeluarkan
sejumlah wang untuk membaik pulih kemudahan yang ada di pusat itu.
``Eh kenapa anak Umi ni tak
mandi lagi? Dah pukul brapa dah ni?’’ tanya Umi.
``Ala terlupa la Umi. Kejap Lisa
habiskan masak kuah laksa ni dulu lepastu baru Lisa mandi eh?’’
``Yelah tapi jangan lewat sangat.
Nanti tetamu terhormat kita dah datang kamu segan pulak nak keluar’’pesan Umi
lagi.
``Ai ai captain’’
Umi meninggalkan Lisa yang
sedang memasak kuah laksa itu. Hanya tunggu kuah mendidih saja dan siap. Usai
memasak Lisa terus ke bilik untuk mandi dan bersiap. Entah siapa la tetamu VVIP
yang dimaksudkan Umi itu.
Matanya meliar mencari kelibat
Umi. ``Mana pulak la Umi ni. Aku ni dah la baru first time join benda macam
ni.’’ Rungut Lisa.
``Lisa…’’sedar namanya dipanggil
dia terus menuju kearah si pemanggil.
``Eh Haris. Awak ada Nampak Umi
tak. Puas saya mencari sampai kesudah tak jumpa’’
``La kebetulan sangat. Umi suruh
saya bawak awak jumpa dia. Katanya nak kenalkan kepada VVIP malam ni’’
``Ish tak nak la saya. Segan
kot. Saya ni bukan orang terpenting pon kat sini’’ segan pulak rasanya bila Umi
nak kenalkan dia dengan tetamu VVIP.
``Ala awak ni. Golongan VVIP
manusia jugak. Jom la.’’ Lisa membontoti Haris dari belakang. Entah kenapa malam
ini dia terasa berdebar-debar seperti hendak bertemu dengan seseorang. ` Ah,
aku terlalu fikirkan sangat kot benda yang bukan-bukan’
``Umi, ni Lisa’’ Haris memulakan
perbualan di hadapan tetamu VVIP yang dimaksudkan. Lisa hanya memandang ke
lantai. Serius segan doh..
``Lisa, ni Umi nak kenalkan VVIP
yang dah banyak membantu kita. Kenalkan Encik Naufal dan Encik Rafiq.’’
Terdengar saja nama itu terus dia mengangkat muka dan memandang si empunya
diri. Rafiq, suami yang dia tunggu selama ini, lelaki yang akan bertakhta di
hatinya sampai bila-bila…
Seperti yang dia sangka memang
benar si empunya diri ialah suaminya. ` Ya Allah, sungguh aku rindukannya’
Rafiq kelihatan lebih matang
dengan sepasang kaca mata. Entah bila suaminya itu rabun pun dia tidak tahu. 3
bulan dia meninggalkan dan ditinggalkan merupakan masa yang cukup lama untuk
seseorang itu berubah. Dan dia merasakan Rafiq yang berdiri di hadapannya ini
bukanlah Rafiq yang dulu tetapi Rafiq versi baru. ``Ehem, hai saya Rafiq’’
Rafiq bersuara untuk menghilangkan rasa kekok apabila ditenung oleh sepasang
mata yang dia rindukan. Sungguh dia rindukan isterinya.
Sedar dirinya terlalu lama
menatap si suami, dia tergelak sendiri. ``Maaf, saya Lisa. Pekerja kat sini.’’
``Lisa ni anak angkat saya.’’
Umi bersuara membetulan apa yang Lisa cakapkan. Tetamu VVIP hanya mengangguk
perlahan. ``Eh lupa pulak saya. Jom la kita makan.Malam ni special sikit sebab
Lisa yang masak.’’ Lisa yang mendengar hanya menunduk. Malu weii. Kang diorang
ni makan lepastu tak sedap kan jatuh saham aku.
``Apa kata kalau kita pergi
makan dengan budak-budak? Lama dah kan kita tak makan dengan diorang?’’ Haris
bersuara.
``Erm boleh jugak. Rindu saya
nak suap diorang makan’’ Lisa menjawab. Terlupa pula dia kepada Rafiq yang
menjadi pemerhati dan pendengar kepada perbualan mereka. `Aku tak boleh
pentingkan diri. Ya Allah, bantu aku untuk kuat.’ Rafiq bergerak Umi dan Encik
Naufal dan meninggalkan Lisa dan Haris di situ. Hatinya terasa sakit tapi dia
tahu untuk semua rasa itu, dia tidak layak.
Dari jauh dia memerhatikan Lisa.
Wajah tenang isterinya itu menjadikan dia tenang. ``Encik Rafiq, kenapa tak
tambah lagi? Dah kenyang?’’ Umi menegur Rafiq.
``Eh dah 2 mangkuk saya makan.
Kenyang dah perut ni’’ ucapnya sambil tersengih. 2 mangkuk kot dia bedal.
Serius sedap giler. Lama kot dia mengidam nak makan laksa dan hari ni memang kena
dengan seleranya. Ketika matanya terarah semula ke arah meja isterinya, dia
tertangkap kelibat isterinya berjalan ke tandas agaknya sambil menekup mulut.
`Kenapa dengan dia?’ ayat itu bermain dalam benak pemikirannya. Lantas dia
meminta diri untuk ke tandas. Tekaannya memang tepat apabila melihat Lisa yang
duduk mengcangkung di sebuah penjuru yang tidak ramai orang. Kemudian dia
terdengar seperti seseorang sedang muntah dan dia yakin itu Lisa.
Perlahan-lahan dia menghampiri belakang Lisa. Lisa yang terasa lemah selepas
memuntahkan makannya hampir terjatuh ke belakang tetapi nasib baik ada tangan
yang sempat menyambutnya dari belakang. ``Terima kasih..’’ Terpegun dia melihat
suaminya sedang menahan dia dari terjatuh ke belakang.
``Kau okey ke tak ni?’’ tanya
Rafiq.
``Saya okey. Encik Rafiq
pergilah makan. Tak manis kalau orang lain nampak kita berdua di sini.’’ Jujur
dia rindukan suaminya. Ikutkan hati dia ingin berkongsi berita gembira itu
dengan suaminya tapi dia sedar siapa dirinya.
``Kau nak aku pimpin kebilik ke?
Muka kau pucat sangat ni.’’ Ada nada risau di situ.
``Takpe saya ok jer. Saya masuk
bilik dulu.Assalamualaikum’’ Lisa meminta diri.
``Takkan la dia mengandung?’’
Rafiq bermonolog sendirian. Nalurinya kuat mengatakan yang Lisa mengandung. Memikirkan
hal itu, dia tersenyum sendiri. `Ya Allah, perkenankanlah doaku ini.’
``Umi,ada nampak Lisa tak?’’
Haris kelihatan cemas.
``Takde pulak. Yang kamu ni
cemas semacam kenapa?’’
``Tadi Haris tengok muka Lisa
macam pucat sangat. Lepas tu dia bagitau nak pergi tandas tapi sampai sekarang
tak muncul-muncul.’’
``Ummi rasa dia berehat kat
bilik kot. Ala biasala kalau perempuan mengandung kena hadap morning sickness.
Kamu jangan bimbang sangat eh.’’ Nasihat Ummi. Bukan dia tidak tahu air muka
Rafiq berubah.
Rafiq tergamam. `Lisa
mengandung? Aku tak salah dengar kan? Maksudnya aku bakal jadi papa?’
``Dah kamu pergi la layan
budak-budak tu.Kesian diorang.’’
``Yela Ummi. Haris pergi dulu’’
Haris meminta diri.
Sepeninggalan Haris, Ummi
menceritakan hal yang sebenar kepada Rafiq.
``Aunty rasa kamu dah tahu yang
Lisa mengandung kan?’’
``Rafiq bakal jadi papa ke
aunty?’’ pertanyaannya dibalas dengan anggukan dari Ummi. Sebenarnya Ummi
merupakan adik papa. Dan dia tahu segala hal berkaitan dengan Lisa dari Ummi.
Untung saja Ummi mahu membantunya.
``Kamu tak nak bagitau hal yang
sebenar ke pada Lisa? Aunty risau bila dia tahu semua perkara sebenar nanti dia
akan lari dari sini. Lari dari kamu.’’
``Suami mana yang sanggup
tinggalkan isterinya Ummi? Jujur Fiq cakap Fiq rindu sangat dengan dia. 3 bulan
tu masa yang terlalu lama untuk Fiq rindukan dia Ummi.
``Kalau awak rindukan saya,
kenapa awak sanggup biarkan saya pergi dari hidup awak? Saya ni siapa
sebenarnya untuk awak?’’ Suara serak Lisa dari belakang menghentikan perbualannya
dengan Ummi.
``Ummi rasa elok kamu berdua
berbincang baik-baik. Jangan terlalu ikutkan emosi. Fikirkan anak yang bakal
lahir nanti.’’ Ummi meminta diri untuk memberi mereka ruang untuk berbincang.
``Siapa saya untuk awak Rafiq?
Apa yang saya dah buat sampai awak sanggup buat saya macam ni? Awak buat supaya
saya tinggalkan awak, awak hina saya, lepas ni apa lagi yang awak rancang untuk
saya? Saya ni tak layak ke untuk dapat bahagia macam isteri lain?’’ Lisa
bertanya. Dan dia tahu Lisa sangat terluka dengan sikapnya.
``First of all, abang mengaku
ini semua salah abang. Abang minta maaf atas semua yang berlaku. Lisa boleh tak
maafkan abang?’’ Rafiq memegang bahu Lisa. Ingin memeluk isterinya dia bimbang
ditepis. Suara tangisan Lisa menyayat hatinya. Lisa hanya diam sambil menangis.
Entah apa yang perlu dia lakukan saat ini. Semuanya seperti sebuah mimpi.
Melihat isterinya hanya diam sambil menangis, dia memeluk isterinya. `` Abang
minta maaf sangat-sangat kat sayang tapi jujur abang cakap semua kata hinaan
yang abang lontarkan hanyalah sebuah lakonan. Abang sayangkan Lisa sebagaimana
Lisa sayangkan abang.’’
Lisa hanya mendengar. Jujur dia
keliru dengan apa yang diucapkan oleh suaminya. `` Kenapa awak sanggup biarkan
saya pergi dari hidup awak kalau betul awak sayangkan saya?’’ Lisa bertanya
sambil mengesat air mata yang jatuh.
``Sebelum kita kahwin, ada
seorang lelaki datang jumpa abang. Dia bagitau yang abang tak layak untuk
memiliki Lisa. Dia bagitau jugak yang dia dah lama simpan hati pada Lisa. Bagi
dia, abang cuma penghalang untuk korang bahagia. Jadi dia minta untuk abang
lepaskan Lisa dan jangan teruskan perkahwinan kita. Masa tu abang rasa yang abang
bodoh sangat sebab dah terlanjur sukakan Lisa. Tapi disebabkan majlis kahwin
kita cuma tinggal 3 hari lagi, abang paksa hati abang untuk lupakan apa yang
berlaku dan teruskan semua yang dah dirancang. Lagipun masa tu mama excited
sangat nak sambut menantu.’’
``Sebab tu ker abang terus
keluar dari masjid lepas kita disatukan?’’
Rafiq hanya diam menganguk.
``Abang betul-betul buntu masa tu. Apa yang abang fikir cumalah satu.Abang tak
nak mama dengan papa malu kalau abang putuskan untuk tak berkahwin dengan Lisa.
Disebabkan abang memandu dalam keadaan emosi yang tak stabil waktu tu, abang
kemalangan dan doktor putuskan yang abang akan lumpuh. Masa tu abang fikir
mungkin itu karma sebab abang dah pentingkan diri abang. Pentingkan maruah mama
dan papa sampai korbankan cinta Lisa dan lelaki tu.’’ Penerangan dari Rafiq
membuatkan Lisa terkedu.Maksudnya selama ini Rafiq tidak pernah tahu tentang
perasaanya. Rafiq hanya merasakan bahawa dia hanyalah bertepuk sebelah tangan.
`` Kenapa abang tak pernah walau
sekali pun tanya Lisa tentang hal yang sebenar? Kenapa mesti nak percaya kepada
cakap lelaki tu jer? Siapa Lisa ni sebenarnya? Lisa ni isteri abang, abang tahu
tak?’’ Air mata semakin lebat menuruni pipi. Rasa bersalah mencengkam pipi
kerana selama ini Rafiq hidup dengannya hanya kerana kenyataan tidak berasas
lelaki itu. Dan dia yakin dia tahu siapa punca keberantakan perkahwinan mereka.
`` Untuk apa lagi? Abang tak nak
abang hati sakit lagi kalau abang tahu kebenaran dari mulut Lisa.’’ Sah memang
Rafiq telah salah faham terhadap dirinya.
``Abang dengar betul-betul apa
yang Lisa nak cakapkan ni.’’ Lisa memegang kedua-dua belah pipi suaminya.
Segala salah faham ini perlu dileraikan. Dia tidak sanggup lagi untuk berjauhan
dengan Rafiq.
`` Sebelum kita berjumpa, jujur
Lisa memang ada sukakan seorang lelaki dari kampung. Dia anak orang kaya dalam
kampung Lisa. Kami kenal dan berkawan rapat sejak dari sekolah menengah
lagi.Tapi family dia tak suka kalau dia berkahwin dengan orang sebarangan. Lisa
sedar yang family kami tak setaraf jadi Lisa buat keputusan untuk bekerja kat
KL lepas habis belajar dengan harapan kami tak berjumpa lagi dah. Suatu hari,
dia datang jumpa Lisa sambil bawa diari Lisa yang hilang lepas kami buat
discussion. Dia minta kepastian dari Lisa dan tanya sama ada apa yang Lisa
catat dalam diari tu perasaan sebenar Lisa atau tak. Tapi Lisa tahu kalau Lisa
kahwin dengan dia, family dia takkan terima Lisa. Lisa sedar siapa diri Lisa.
‘’ Lisa menyeka air mata yang jatuh dengan jarinya. Rafiq masih lagi tekun
mendengar.
``Lepas Lisa dapat kerja sebagai
secretary kat syarikat abang dari situ Lisa mula sedar yang Lisa dah jatuh suka
pada abang.‘’ Lisa menunduk. Tiba-tiba
pula dia rasa malu. Macam tengah confess pulak.
Rafiq terpegun. `` Lisa tak tipu
abang kan?’’ Dia memegang lembut bahu Lisa untuk mengetahui hal yang sebenar. Lisa
hanya menggeleng. ``Lisa pandang abang dan cakap lagi sekali. Please.’’
Lisa teragak-agak untuk
mengangkat muka.Malu dowh..Rafiq ni pun agak-agakla.
Perlahan-lahan dia mengangkat
muka dan memandang wajah teruja Rafiq. Senyum sampai telinga kot. Yang aku ni
blushing pulak. Lama dia tatap wajah itu. Rindu dengan senyuman Rafiq. Wajah
itulah yang sering dia skodeng dulu. Ehekss..
``Cepatlah Yang, mengelamun pulak dia.’’
``Saya Lisa telah jatuh cinta
pada bos saya yang telah merangkap suami saya sejak dari dulu lagi, puas ker?’’
Merah muka Lisa setelah melafazkan kata itu. Malu tapi kalau dengan itu dapat
menjernihkan hubungan mereka dia sanggup.
Rafiq yang terlalu gembira hanya
mampu mengungkapkan alhamdulillah kepada Yang Maha Esa. ``Terima kasih sayang.
Abang cintakan Lisa kerana Allah’’ usai menuturkan kata-kata itu, dia memeluk
Lisa.
Kali ini Lisa pula yang terharu.
`` Lisa juga cintakan abang kerana Allah. Dia membalas pelukan dari Rafiq.
`Terima kasih Ya Allah. Nikmat apa lagi yang telah aku dustakan, Ya Allah?
Ummi dan Harris yang memerhati
dari jauh juga bersyukur dengan apa yang berlaku. Tidak sia-sia lakonan mereka
selama ini. ``Sepupu kamu tu dah bahagia. Kamu tu bila lagi?’’ Pertanyaan dari
Ummi membuatkan Harris tidak senang duduk. ``Err Ummi, tu Haris tengok kawan
Ummi tu macam dah nak balik je. Dia tunggu nak salam kot dengan Ummi kot . Haris
tengok budak-budak dulu eh.’’ Harris terus menghilangkan diri.
``Budak ni kan. Cakap je pasal
kahwin berdesup lari. Haih la. Lambat lagi la aku dapat menantu.’’ Ummi hanya mampu
menggeleng dengan sikap Haris.Bertuah punya budak.
-TAMAT-
Comments
Post a Comment